NOTIS PRIVASI

Pengenalan

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA/Akta”) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta tersebut, yang terpakai kepada semua syarikat­syarikat dan firma­firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan kepada anda, antara lain, berkenaan hak­hak anda sebagai pelanggan kami/ bakal pelanggan kami (“anda”) berkaitan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan kumpul, proses, sedang diproses dan/atau yang akan diproses serta sebab bagi pemprosesan data peribadi tersebut. Notis Privasi (“Notis”) ini dikeluarkan oleh Turning Point Integrated Wellness Sdn. Bhd. (No. Syarikat. 200701015469) dan bagi pihak syarikat induk dan berkaitan serta anak syarikatnya (“Turning Point/kami”). Notis ini terpakai kepada pemprosesan data peribadi anda oleh Turning Point (termasuk dan tidah terhad kepada syarikat induk dan berkaitan serta anak syarikatnya), syarikat bersekutu, rakan kongsi usaha sama, perbadanan berkaitan, pembekal perkhidmatan, rakan niaga strategik, kontraktor, syarikat pihak ketiga yang berkenaan dan konsultan Turning Point bagi Maksud-Maksud yang dinyatakan di dalam Notis ini. Notis ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, memproses, menggunakan, menyimpan dan membenarkan akses kepada data peribadi anda selaras dengan PDPA. Untuk tujuan Notis ini, terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam PDPA.

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami. Sila baca Notis ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan data peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberi data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan Notis ini dan pengumpulan, pemprosesan, penggunaan, penyimpanan dan pengaksesan data peribadi anda selaras dengan dan seperti yang diterangkan dalam Notis ini.

Pengumpulan Data Peribadi dan Sumber Data Peribadi

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dari pelbagai sumber atau melalui pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada: 

  1. dari mana-mana maklumat yang dikemukakan atau diberikan oleh anda kepada kami untuk sebarang tujuan;
  2. melalui telefon, faksimili, mel, kupon, iklan, laman web, emel, borang pendaftaran, dan/atau melalui sistem pesanan ringkas (“sms”);
  3. apabila anda menghubungi kami menerusi pelbagai kaedah seperti panggilan telefon, e-mel, dan/atau mel;
  4. dari pihak ketiga yang dibenarkan seperti syarikat pemasaran; dan
  5. dari semua komunikasi lain antara anda dan kami dan dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.

Data Peribadi yang Dikumpul

Kami mungkin mengumpul dan memproses pelbagai data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif seperti kesihatan fizikal atau mental atau keadaan perubatan, kepercayaan agama atau kepercayaan lain bersifat serupa, atau data peribadi sensitif lain yang ditetapkan oleh undang-undang dari semasa ke semasa), termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. maklumat pengenalan anda seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, dokumen sokongan identiti seperti kad pengenalan, jantina, asal etnik, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, bahasa yang dipilih dan taraf perkahwinan;
  2. butiran hubungan anda seperti alamat peribadi, alamat yang terkandung di kad pengenalan, alamat kediaman, alamat pejabat, alamat penghantaran bahan pemasaran dan produk, nombor telefon, alamat e­mel dan butiran hubungan lain yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa;
  3. jika anda merupakan individu, butir­butir pekerjaan anda seperti nama majikan anda, kedudukan anda dalam syarikat, huraian kerja, alamat syarikat, nombor telefon, julat pendapatan anda dan kelayakan profesional atau kelayakan;
  4. jika anda merupakan perusahaan, rakan kongsi usaha sama atau syarikat, alamat perusahaan, rakan kongsi usaha sama atau syarikat, butiran perusahaan, rakan kongsi usaha sama atau syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada butiran pemilikan perusahaan, butiran rakan kongsi usaha sama atau pengarah/pemegang saham syarikat;
  5. butiran pembayaran anda seperti nombor akaun bank dan butiran kad kredit atau kad debit;
  6. minat dan kegemaran peribadi anda untuk membantu kami melaraskan tawaran pemasaran dan/atau produk kami yang paling sesuai untuk anda;
  7. maklumat yang berkaitan dengan transaksi, termasuk data peribadi individu yang diberikan oleh entiti korporat berkaitan dengan transaksi atau kontrak;
  8. perbualan telefon;
  9. sms;
  10. jika anda merupakan individu, data peribadi pasangan anda, tanggungan atau pihak ketiga yang lain; dan
  11. data peribadi lain yang dihantar atau disediakan oleh anda kepada kami dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.

Kegunaan

Data peribadi yang anda berikan, telah berikan dan akan berikan kepada Turning Point, sedang atau akan digunakan dan diproses oleh pihak kami bagi maksud­maksud dan tujuan­tujuan berikut: 

  1. melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak dengan anda;
  2. memastikan identiti dan latarbelakang anda, dan meminimumkan risiko akses yang tidak dibenarkan kepada data peribadi anda apabila anda berurusan dengan kami;
  3. mempertimbangkan dan memproses permintaan anda terhadap produk­produk dan/atau perkhidmatan­perkhidmatan kami;
  4. untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan produk­produk kami, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang;
  5. penghantaran bahan pemasaran, sms, notis, dokumen­dokumen, dan borang; 
  6. pengiklanan dan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kami dan untuk memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami yang dibeli oleh anda;
  7. memberi anda maklumat tentang produk­produk, promosi, perkhidmatan­perkhidmatan dan kemaskini perniagaan Turning Point setakat yang dibenarkan oleh undang-undang;
  8. mempertimbangkan data peribadi anda dalam kupon dan melalui cara­cara lain yang pihak kami memperolehi data peribadi anda;
  9. mempertimbangkan permohonan, pertanyaan dan pesanan anda;
  10. untuk berhubung dengan anda; 
  11. untuk meningkatkan perkhidmatan Turning Point;
  12. memberi anda maklumat, seperti aktiviti, acara, tawaran atau promosi, yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami dan rakan kongsi dan perniagaan kami; setakat yang dibenarkan oleh undang-undang;
  13. untuk menghantar mesej perayaan, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang;
  14. untuk mengubah suai laman web Turning Point berdasarkan minat anda, sebagai dan apabila berkenaan dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan dan/atau garis panduan dikenakan oleh Lembaga Kaunsellor dan Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia;
  15. untuk memproses transaksi­transaksi pembayaran serta mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan yang berkenaan;
  16. untuk menambah baik komunikasi kami terhadap anda;
  17. untuk mentadbir penyertaan anda di dalam kempen-kempen;
  18. untuk penyimpanan rekod dalaman;
  19. untuk melaksanakan kegiatan­kegiatan dalaman di pihak Turning Point;
  20. bagi tujuan penyelesaian pertikaian;
  21. untuk membenarkan kami menguatkuasakan hak undang­undang kami atau memulihkan apa­apa hutang yang terhutang oleh anda kepada kami;
  22. untuk penyiasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan­tujuan keselamatan termasuk, tanpa had, pengesanan jenayah, penghindaran jenayah dan pendakwaan; 
  23. untuk tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan; 
  24. untuk pertanyaan berkenaan dengan jualan dan maklumat hadiah;
  25. untuk kegiatan­kegiatan perniagaan Turning Point selainnya yang sah;
  26. untuk menjalankan kajian ke atas demografi dan tingkah laku pelanggan;
  27. untuk memenuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia dan mencegah atau menyiasat sebarang aktiviti penipuan atau jenayah;

(secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)

Penzahiran dan Pemindahan Data Peribadi

Di mana diperlukan, kami menzahirkan atau akan menzahirkan data peribadi anda kepada perbadanan/syarikat berkaitan kami, rakan-rakan perniagaan kami, pembekal-pembekal perkhidmatan kami, agensi-agensi pelaporan kredit, penasihat kewangan atau profesional kami, bank, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, pengutip hutang, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana tujuan berdasarkan Notis ini, semua undang-undang perlindungan data yang terpakai dan peraturan dan/atau garis panduan dikenakan oleh Lembaga Kaunsellor dan Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia.

Di mana diperlukan, kami juga mungkin memberikan data peribadi anda sebagai respons kepada perintah mahkamah, sepina, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, agensi-agensi kerajaan dan/atau pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat. Kami juga berhak melaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang­undang sebarang aktiviti yang kami percaya secara jujur menyalahi undang­undang. Kami mungkin menyiarkan data peribadi apabila kami percaya bahawa penyiaran sedemikian dirasakan perlu untuk menguatkuasakan atau mengenakan syarat­syarat penggunaan kami atau bagi melindungi hak, harta dan keselamatan orang lain dan Turning Point.

Data peribadi anda boleh juga dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia kepada mana-mana pihak ketiga yang disebut di atas dan disimpan di dalam penghidang fail (‘server’) yang berlokasi di dalam atau di luar Malaysia, bagi sebarang Maksud­Maksud yang dinyatakan di dalam Notis ini. Anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut. 

Data Peribadi Wajib

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-Maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.

Akses Kepada, Pembetulan, Pertanyaan Dan Aduan Terhadap Dan Had Pemprosesan Data Peribadi

Anda mempunyai hak untuk meminta akses, membuat pertanyaan dan meminta pembetulan kepada atau terhadap data peribadi yang dipegang oleh kami mengenai anda. Anda juga berhak untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk permintaan untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung). Secara am dan tertakluk kepada pengecualian tertentu yang terkandung dalam Akta, anda boleh, selepas bayaran fi yang ditetapkan, membuat permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data secara bertulis kepada kami. Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab berkaitanya.

Segala pertanyaan, aduan, permintaan and pemohonan boleh dibuat melalui pos berdaftar, panggilan telefon (pada waktu pejabat) atau e­mel kepada alamat di bawah kepada pegawai perlindungan data peribadi kami. 

Perjawatan:Pegawai Perlindungan Data Peribadi Turning Point Integrated Wellness Sdn Bhd
No. Telefon:+603-80638981,+603-80514518
Alamat:10-2 & 10-3, Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia.

Kemaskini dan Pindaan Notis Privasi

Notis ini mungkin dipinda dari semasa ke semasa menurut perubahan undang-undang dan amalan perniagaan dan versi terkini akan digunapakai dan menggantikan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada versi di dalam katalog, bahan pemasaran atau salinan bercetak. Sebarang pindaan akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis mengenainya telah diberi kepada anda melalui, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penyiaran melalui emel, sms atau menerusi kaedah lain yang anda perolehi notis mengenainya. Penggunaan berterusan apa­apa produk dan/atau perkhidmatan kami atau laman web kami di www.bestproducts.my akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap pindaan tersebut. 

Keselamatan Data Peribadi

Kami akan menyimpan dan memproses data peribadi yang diberikan oleh anda dengan selamat. Kami akan memastikan data peribadi anda selamat dan kami akan memastikan pihak ketiga yang mengendalikan dan memproses data peribadi tersebut memastikan perkara yang sama. Kami akan, apabila praktikal, melaksanakan pentadbiran bersesuaian dan perlindungan keselamatan dan prosedur berdasarkan undang-undang dan peraturan terpakai bagi mencegah sebarang pemprosesan data peribadi anda yang tidak menepati undang-undang dan tanpa kebenaran dan bagi mencegah sebarang kerugian, salah guna, pengubahsuaian, penzahiran atau akses tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pemindaan dan/atau kemusnahan data peribadi anda.

Pengekalan Data Peribadi

Kami akan mengekalkan data peribadi anda berdasarkan Notis ini dalam tempoh masa di mana tujuan data peribadi ini diperlukan atau hubungan anda dengan kami (mana-mana yang kemudian). Kami kemudian akan memusnahkan data peribadi anda daripada rekod penyimpanan kami berdasarkan polisi dalaman kami.

Konflik

Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu/Malaysia Notis ini, versi Bahasa Melayu/Malaysia akan mengatasi versi Bahasa Inggeris.

Ketepatan Data Peribadi

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Anda akan dengan segera memberi maklumat kemas kini kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan terhadap data peribadi anda. Data peribadi yang dikumpulkan dan diproses oleh kami adalah dianggap tepat sehingga dan melainkan anda maklumkan kepada kami sebaliknya, dalam tulisan.

Data Peribadi Pihak Ketiga

Kami boleh meminta bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-Maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami. Anda menjamin bahawa anda dibenarkan untuk memberi data peribadi kepada pihak ketiga, kepada kami dan anda sudah memperolehi persetujuan daripada mereka untuk pemprosessan (termasuk penzahiran dan pemindahan) data peribadi mereka berdasarkan Notis ini.

Pengakuan dan Persetujuan

Melalui komunikasi, melibatkan diri dengan Turning Point atau menggunakan servis perkhidmatan Turning Point, anda mengakui yang anda sudah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju terhadap pengunaan, pemprosessan, penzahiran dan pemindahan data peribadi anda oleh Turning Point. Anda juga boleh menarik balik persetujuan ini melalui notis penulisan atau mengisi borang yang terdapat di pejabat kami.

Read: Privacy Notice

TOP